'Diabetes
Mellitus' ataupun di kenali sebagai 'Kencing Manis' oleh rakyat Malaysia
adalah salah satu penyakit maut yang melanda manusia tanpa mengira
umur. Ia mampu menyebabkan kepada kematian apabila seseorang mangsa
menghidapinya. Apa itu 'Diabetes Melitus'?
Simbol bulatan biru Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu bagi penyakit kencing manis
Sejarah Diabetes Mellitus
Perkataan
'Diabetes' yang bermaksud 'air kencing' telah di namakan oleh pakar
perubatan Yunani(Greece), Areteus. Manakala 'Mellitus' ataupun 'manis'
telah di tambah oleh Willis bagi menunjukkan bahawa terdapat kandungan
gula di dalam air kencing. Di sebabkan itulah, ia lebih senang di sebut
sebagai Kencing Manis oleh kita semua. Penyakit ini sudah lama menyerang
manusia sejak zaman dulu kala. Ia telah diketahui semenjak tamadun
purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan
Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang
melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas
papyrus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan
pengidap kencing manis kepada dua jenis semenjak abad ke lima lagi.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang
terawal adalah dengan mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat
sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar
pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897,
apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan
hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar
pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing
manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan
penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila
Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal
kandungan glukosa dalam darah. Jadi, sudah terbukti bahawa penyakit ini
bukan sebarangan penyakit kerana ia telah mula membunuh manusia dari
zaman awal batu lagi.
Diabetes Melitus dapat di bahagikan kepada dua iaitu :
a)
Diabetes jenis pertama (I) - dikenali sebagai diabetes bersandar insulin
(IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') ataupun diabetes awal
remaja. Diabetes jenis pertama (I) dicirikan dengan kegagalan
penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes
jenis pertama (I) ini mula mendapat simptom penyakit semasa usia
kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin
semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar
untuk pengawalan tahap glukosa darah.
b)
Diabetes jenis kedua (II) - disebabkan oleh kerintangan insulin
(penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan
insulin yang berkurangan. Diabetes jenis kedua (II), oleh kerana masih
mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara
pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan
pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam
keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan
atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Diabetes Jenis 1
|
Diabetes Jenis 2
|
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk. | Biasa berlaku. |
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahun | Tejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas |
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkan | Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat |
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis | Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis |
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesity | Kejadian kegemukan sangat tinggi |
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang serius | Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi |
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulin | Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu) |
Faktor - Faktor Diabetes Mellitus
* Faktor keturunan.
* Kegemukan/Obesiti yang biasanya terjadi pada usia 40 tahun.
* Tekanan darah tinggi.
* Jumlah Protein Trigliserida yang terlalu tinggi.
* Kadar kolestrol yang tinggi.
* Gaya hidup moden yang cenderung mengambil makanan segera.
* Kerosakan pada sel pankreas.
Inilah akibat penyakit Kencing Manis
Gejala - Gejala Diabetes Mellitus
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan).
* Keletihan / Sentiasa letih.
* Penurunan berat badan secara mengejut.
* Kabur penglihatan.
* Otot lemah.
* Gatal-gatal di tempat kemaluan.
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
* Luka yang lambat sembuh.
* Kencing yang kerap.
* Rasa kebas.
* Pening-pening
* Bertambah selera makan.
* Lidah kering.
* Nafas berbau manis.
* Berat badan turun dengan cepat.
Baca lebih lanjut rawatan alternatif untuk pesakit Diabetes Mellitus. Klik Di SINI.
Baca lebih lanjut rawatan alternatif untuk pesakit Diabetes Mellitus. Klik Di SINI.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis
http://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2011/05/sejarah-penyakit-kencing-manis.html
http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/DiabetesDiabeticTreatmentCure.html
http://ecpiwateronline.com/kencing-manis-%E2%80%93-ketahui-fakta-tentang-penyakit-kencing-manis-yang-boleh-meragut-kebahagian-anda.html
http://www.klikdokter.com/diabetes/read/2010/07/05/111/definisi-diabetes-melitus
http://www.metris-community.com/penyebab-dan-gejala-diabetes/
INGAT!!!
ELKEN MAMPU MENGUBAHNYA!!!
Post a Comment